Wednesday, January 25, 2012

Sape kate kapel tu haram? Klu korang msih pk cmtu...bace la note nie...tlg r...Aku xnk korang sesat dr jln yg benar...


Assalamualaikum semua..
Kawan-kawan.. Baru-baru ini, saya ada terbaca salah satu post dalam ruangan group ini yang berkisar soal couple, atau lebih tepat, bercinta.. Terdetik di hati saya untuk menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut.. Hal ini kerana, saya mahu tahu apa hukum yang sebenarnya.. Alhamdulillah, dengan izin Allah yang Maha Berkuasa, saya berjaya mengetahui tentang perkara ini dengan lebih tepat dan mendalam.. Saya telah bertanya pada seorang ustaz tentang isu ini.. Beliau kemudiannya membalas email saya, dan dalam balasannya itu, beliau meminta saya berkunjung ke sebuah laman web kerana di situ beliau telah pun menyediakan jawapan bagi persoalan tersebut.. Oleh itu, inilah isi kandungannya.. Saya sekadar hendak berkongsi ilmu yang saya terima..

MEMAHAMI MAKSUD COUPLE DAN ZINA HATI
Apabila saya terlibat dengan kerja dakwah, barulah saya tahu saya telah banyak melakukan zina hati,” kata seorang pemuda.
“Itulah dulu pun saya ada kekasih, dan kami saling cinta menyintai dan merancang untuk berkahwin apabila sampai masanya, tapi apabila saya tahu hubungan saya dengan dia tu menyebabkan saya dan dia terjebak dengan zina hati maka saya putuskan”
Seringkali saya mendengar kata-kata seperti itu keluar melalui kata-kata atau tulisan daripada mereka yang melibatkan diri dengan gerak kerja persatuan-persatuan Islam atau kerja-kerja dakwah remaja.
Pada mulanya saya buat tak kisah atau dengan kata lain buat tak pot kerana saya menganggap kes-kes itu sebagai kes terpencil yang biasanya berlaku di zaman sekolah menengah. Biasalah tu budak-budak sekolah yang baru dalam proses pra-matang kepada matang, baru nak up orang kata, pedulikanlah.
Tapi apabila ada pelajar di peringkat universiti yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan mirip sebegitu, saya mula tertanya-tanya dan bersyak wasangka, “eh takkanlah pelajar universiti yang bakal keluar sebagai pemimpin masyarakat pun tak faham-faham lagi, mustahillah”.
Tapi ternyata, sangkaan saya itu meleset sama sekali. Mimpi buruk melanda diri setelah melancong ke laman-laman web internet yang mempromosikan keislamikkan mereka. Saya terkejut apabila mendapati ketempangan yang cukup serius dalam memahami apa yang diistilahkan sebagai zina hati.....


Nak bace lagi? Click link kat bwh nie...note asal dr dier...
Aku minx korang bace r smpai abes....tlg r yek....plss...n thnk u sbb sudi bace note2 yg aku post..n note2 yg aku share dr org lain...

http://www.facebook.com/notes/i-love-allah-swt-and-prophet-muhammad-saw/s0-interestingntuk-mmahami-erti-sbenar-zina-hati-serta-c0upleslmt-sabar-mmbce/210025592348454 

No comments: